GAYA BAHASA DALAM PUISI MELAYU PILIHAN KARYA DATO’ USMAN AWANG BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI ESTETIKA
![]() |
| Melissa Cheryl Fredeline |
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ialah, tujuan ataupun matlamat yang ingin dicapai dalam
satu kajian yang dijalankan dan membantu dalam memberi fokus kepada
penyelidikan yang membantu pengkaji mencapai satu dapatan kajian. Oleh itu, terdapat tiga objektif yang
terdapat dalam kajian ini iaitu:
1. Mengkaji gaya bahasa dalam puisi Melayu pilihan dalam karya Dato’ Usman Awang.
2. Menganalisis keindahan bahasa puisi berdasarkan
perspektif teori estetika.
3. Mentafsir makna dan nilai seni yang mendalam dalam puisi
karya Dato’ Usman Awang.
LIMITASI KJIAN
|
Aspek Limitasi |
Huraian |
Kesan Terhadap Kajian |
||
|
Skop kajian yang terhad |
- Puisi pilihan
melayu dalam karya Dato’ Usman Awang iaitu, Ke Makam Bonda, Ibuku dan lain –
lain dengan bertumpukan pada penggunaan keindahan bahasa puisi dengan
menggunakan teori estetika - Tumpuan pada beberapa gaya bahasa tertentu seperti simile, metafora,
personifikasi, dan aliterasi
|
Terhasilnya
pemilihan puisi yang tidak seimbang dan hal tersebut akan mempengaruhi hasil
analisis kajian |
||
|
Keterbatasan penggunaan berdasarkan perspektif teori estetika |
- Menganalisis
puisi terdapat beberapa jenis teori estetika yang dapat digunakan untuk
menjalankan kajian seperti estetika formal serta estetika romantik dan ianya
tidak hanya tertumpu dengan satu jenis teori estetika sahaja |
Penggunaan satu
teori estetika sahaja akan memberi impak yang kurang baik kerna ianya akan
membataskan pemahaman berkaitan bagaimana gaya bahasa itu berfungsi dalam
karya Dato’ Usman Awang.
|
||
|
Sumber rujukan kajian yang terbatas |
- Kekurangan
literatur yang mendalam berkaitan puisi karya Dato’ Usman Awang berdasarkan
teori estetika - Sumber maklumat yang relevan terhad
|
- Menyukarkan
pengkaji mendapatkan maklumat yang komprehensif. - Analisis mungkin kurang menyeluruh dan mendalam.
|
||
|
- Kekurangan kajian lepas mengenai penerapan gaya bahasa dalam puisi
Dato’ Usman Awang berdasarkan teori estetika |
- Pengkaji
menghadapi cabaran dalam menyokong analisis secara komprehensif. - Bahan rujukan yang tidak mencukupi mempengaruhi kesimpulan kajian
|
TEORI
ESTETIKA
Teori estetika ini merupakan satu konsep
teori yang bermaksud keindahan dalam puisi tersebut. Berdasarkan kajian yang dikaji
oleh pengkaji iaitu penggunaan keindahan bahasa puisi tersebut mempunyai kaitan
dengan teori estetika. Dalam puisi yang bertajuk “Ke Makam Bonda” dalam karya
Dato’ Usman Awang ini, terdapat penggunaan keindahan bahasa dalam puisi
tersebut dalam bentuk bahasanya, gambaran dan emosi. Teori estetika ini juga
memastikan bahawa puisi yang dikaji haruslah mempunyai kecantikan yang memberi
impak rasa kagum dalam diri pembaca. Selain itu, di dalam teori estetika ini
juga dapat membentuk puisi yang memanfaatkan satu imajinasi agar dapat
menghasilkan gambaran puisi yang dapat menarik para pembaca serta puisi yang
mempunyai imajinasi yang kuat akan dapat menghidupkan pengalaman yang sangat
mendalam dan memberi makna yang mendalam kepada pembaca. 





Comments
Post a Comment