Posts

Showing posts from January, 2025

GAYA BAHASA DALAM PUISI MELAYU PILIHAN KARYA DATO’ USMAN AWANG BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI ESTETIKA

Image
Melissa Cheryl Fredeline  Puisi merupakan satu bentuk pengucapan yang berirama dan mempunyai tanggapan yang imaginatif daripada seseorang penulis puisi ataupun penyair puisi tersebut. Dalam konteks ini, puisi juga ditulis dengan bahasa yang indah dan penuh dengan makna tersirat dan tersurat yang merupakan salah satu bentuk sastera. Puisi – puisi yang dihasilkan mempunyai baris – baris yang tersusun serta memiliki struktur puisi yang menarik.  Puisi juga berfungsi untuk membantu para penulis dan penyair bagi mengungkapkan perasaan, fikiran ataupun pengalaman yang telah dialami penulisnya dengan cara yang kreatif. Puisi tradisional merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk karangan berangkap (Za’ba, 1962) atau suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa berbanding dengan pengucapan biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan sehari - hari serta bahasa yang mementingkan kebenaran daya intelektual dan logika (Harun Mat Piah, 1989:2)....